Anda boleh menjadualkan rakaman bagi program akan datang untuk hari ini atau beberapa hari dari hari ini (maksimum 8 hari seterusnya). TV akan menggunakan data daripada Panduan TV untku memulakan dan menamatkan rakaman.
Untuk merakam program…
- Tekan TV GUIDE.
- Pada panduan TV, pilih saluran dan program yang anda mahu rakam. Tekan (Kanan) atau (Kiri) untuk menatal melalui program saluran.
- Dengan program diserlahkan, tekan kekunci warna Rakam. Program dijadualkan untuk rakaman. Amaran akan ditunjukkan secara automatik apabila rakaman bertindih dijadualkan. Jika anda merancang untuk merakam program semasa anda tiada di rumah, jangan lupa untuk menetapkan TV kepada mod Tunggu Sedia dan menghidupkan Pemacu Keras USB.