(Utama) > Tetapan > Pasang Saluran > Pemasangan antena/kabel > Analog: pemasangan manual
Saluran TV analog boleh dipasang secara manual, saluran demi saluran.
- Sistem
Untuk menyediakan sistem TV, pilih Sistem.
Pilih negara anda atau bahagian dunia anda berada sekarang dan tekan OK.
- Cari Saluran.
Untuk mencari saluran, pilih Cari Saluran dan tekan OK. Anda boleh memasukkan sendiri frekuensi untuk mencari saluran atau membiarkan TV mencari saluran. Tekan OK, pilih Cari dan tekan OK untuk mencari saluran secara automatik. Saluran yang ditemui ditunjukkan pada skrin dan jika penerimaan lemah, tekan Cari sekali lagi. Jika anda mahu menyimpan saluran, pilih Selesai dan tekan OK.
- Tala halus
Untuk menala halus saluran, pilih Tala halus dan tekan OK. Anda boleh menala halus saluran dengan atau .
Jika anda mahu menyimpan saluran ditemui, pilih Selesai dan tekan OK.
- Simpan
Anda boleh menyimpan saluran pada nombor saluran semasa atau sebagai nombor saluran baharu.
Pilih Simpan dan tekan OK. Nombor saluran baharu ditunjukkan seketika.
Anda boleh buat semula langkah ini sehingga anda menemukan semua saluran TV analog yang tersedia.