(Utama) > Tetapan > Pasang Saluran > Pemasangan antena/kabel > Cari saluran > Pasang semula lanjutan
Imbasan frekuensi
Pilih kaedah mencari saluran.
Saiz langkah frekuensi
TV mencari saluran dalam langkah 8MHz.
Jika langkah ini menyebabkan tiada saluran dipasang atau jika beberapa saluran hilang, anda boleh mencari dalam langkah yang lebih kecil iaitu 1MHz. Menggunakan langkah 1MHz akan mengambil lebih masa untuk mencari dan memasang saluran.
Mod frekuensi rangkaian
Jika anda ingin menggunakan kaedah Pantas dalam Imbasan frekuensi untuk mencari saluran, pilih Automatik. TV akan menggunakan 1 daripada frekuensi rangkaian pratakrif (atau HC - saluran pandu tuju) seperti yang digunakan oleh kebanyakan pembekal kabel di negara anda.
Jika anda menerima nilai frekuensi rangkaian tertentu untuk mencari saluran, pilihManual.
Frekuensi rangkaian
Dengan Mod frekuensi rangkaian ditetapkan kepada Manual, anda boleh memasukkan nilai frekuensi rangkaian yang diterima daripada pembekal kabel anda di sini. Untuk memasukkan nilai, gunakan kekunci nombor.
ID Rangkaian
Masukkan ID rangkaian yang dibekalkan oleh pembekal kabel anda.
Mod kadar simbol
Jika pembekal kabel anda tidak memberikan anda nilai kadar simbol tertentu untuk memasang saluran TV, biarkan tetapan Mod kadar simbol pada Automatik.
Jika anda menerima nilai kadar simbol tertentu, pilih Manual.
Kadar simbol
Dengan Mod kadar simbol ditetapkan kepada Manual, anda boleh memasukkan nilai kadar simbol dengan kekunci nombor.