(Utama) Tetapan > Pasang Saluran Pemasangan antena/kabel > Cari saluran > Pasang semula lanjutan

  1. Pilih Mula sekarang dan tekan OK.
  2. Pilih Pasang semula lanjutan untuk melakukan pemasangan semula penuh yang akan membimbing anda melalui setiap langkah.
  3. Pilih Mulakan dan tekan OK.
  4. Pilih negara anda berada sekarang dan tekan OK.
  5. Pilih Antena (DVB-T) atau Kabel (DVB-C) dan pilih satu item yang anda perlu pasang semula.
  6. Pilih Saluran digital dan analogHanya saluran digital atau Hanya saluran analog.
  7. Pilih Tetapan dan tekan OK.
  8. Tekan  Tetapkan Semula untuk menetapkan semula, atau tekan  Selesai apabila tetapan dilengkapkan.

Imbasan frekuensi
Pilih kaedah mencari saluran.

Saiz langkah frekuensi
TV mencari saluran dalam langkah 8MHz.
Jika langkah ini menyebabkan tiada saluran dipasang atau jika beberapa saluran hilang, anda boleh mencari dalam langkah yang lebih kecil iaitu 1MHz. Menggunakan langkah 1MHz akan mengambil lebih masa untuk mencari dan memasang saluran.

Mod frekuensi rangkaian
Jika anda ingin menggunakan kaedah Pantas dalam Imbasan frekuensi untuk mencari saluran, pilih Automatik. TV akan menggunakan 1 daripada frekuensi rangkaian pratakrif (atau HC - saluran pandu tuju) seperti yang digunakan oleh kebanyakan pembekal kabel di negara anda.
Jika anda menerima nilai frekuensi rangkaian tertentu untuk mencari saluran, pilihManual

Frekuensi rangkaian
Dengan Mod frekuensi rangkaian ditetapkan kepada Manual, anda boleh memasukkan nilai frekuensi rangkaian yang diterima daripada pembekal kabel anda di sini. Untuk memasukkan nilai, gunakan kekunci nombor.

ID Rangkaian
Masukkan ID rangkaian yang dibekalkan oleh pembekal kabel anda. 

Mod kadar simbol
Jika pembekal kabel anda tidak memberikan anda nilai kadar simbol tertentu untuk memasang saluran TV, biarkan tetapan Mod kadar simbol pada Automatik.
Jika anda menerima nilai kadar simbol tertentu, pilih Manual

Kadar simbol
Dengan Mod kadar simbol ditetapkan kepada Manual, anda boleh memasukkan nilai kadar simbol dengan kekunci nombor.

Percuma / Berbayar
Jika anda mempunyai langganan dan CAM - Modul Akses Bersyarat untuk perkhidmatan TV berbayar, pilih Percuma + berbayar. Jika anda tidak melanggan untuk saluran TV berbayar, anda boleh memilih Saluran percuma sahaja.