Sambungan HDMI mempunyai kualiti gambar dan bunyi yang terbaik. Satu kabel HDMI menggabungkan isyarat video dan audio. Gunakan kabel HDMI untuk isyarat TV.
Untuk pemindahan kualiti isyarat yang terbaik, gunakan kabel HDMI berkelajuan Tinggi dan jangan gunakan kabel HDMI yang lebih daripada 5 m.

Port HDMI menyokong HDCP (Perlindungan Kandungan Digital Lebar Jalur Tinggi). HDCP ialah isyarat perlindungan salinan yang menghalang penyalinan kandungan daripada cakera DVD atau Cakera Blu-ray. Turut dirujuk sebagai DRM (Pengurusan Hak Digital).