- Masukkan kabel kuasa ke dalam penyambung POWER di bahagian belakang TV.
- Pastikan kabel kuasa dimasukkan dengan selamat di dalam penyambung.
- Pastikan bahawa palam kuasa, di dalam soket dinding, boleh diakses pada bila-bila masa.
- Apabila anda menanggalkan palam kuasa, sentiasa tarik palam, jangan sesekali tarik kabel.

Walaupun TV ini mempunyai penggunaan kuasa tunggu sedia yang sangat rendah, tanggalkan kabel kuasa untuk menjimatkan tenaga jika anda tidak menggunakan TV untuk tempoh yang lama.