TV anda turut disediakan untuk pendakap lekapan dinding yang mematuhi VESA (dijual berasingan).
Gunakan kod VESA berikut semasa membeli lekapan dinding. . .

Mula-mula alih keluar 4 tudung skru plastik daripada bush berulir di bahagian belakang TV.
Pastikan bahawa skru logam, untuk melekapkan TV ke pendakap yang mematuhi VESA, masuk sedalam kira-kira 10mm ke dalam bush berulir TV.
Pelekapan dinding TV memerlukan kemahiran istimewa dan mestilah dilakukan oleh kakitangan yang layak. Pelekapan dinding TV perlu menepati standard keselamatan mengikut berat TV. Baca juga langkah keselamatan sebelum meletakkan TV.
TP Vision Europe B.V. tidak bertanggungjawab atas pelekapan yang tidak betul atau mana-mana pelekapan yang mengakibatkan kemalangan atau kecederaan.