(Utama) > Tetapan > Kemas kini perisian > Cari kemas kini > USB
- Anda memerlukan komputer dengan sambungan Internet berkelajuan tinggi dan peranti memori USB untuk memuat naik perisian pada TV.
- Gunakan peranti memori USB dengan ruang kosong sebanyak 512MB. Pastikan perlindungan tulis dimatikan.
- Mulakan kemas kini pada TV
Pilih Kemas kini perisian > Cari kemas kini > USB, kemudian tekan OK.
- Kenal pasti TV
Sisipkan memori USB ke salah satu sambungan USB TV.
Pilih Mula dan tekan OK. Fail pengenalan ditulis pada peranti memori USB.
- Muat turun perisian TV
- Sisipkan memori USB ke dalam komputer anda.
- Pada peranti memori USB, cari fail update.html dan dwiklik padanya.
- Klik pada Hantar ID.
- Jika perisian baharu tersedia, muat turun fail .zip.
- Selepas muat turun, nyahzip fail dan salin fail autorun.upg ke dalam peranti memori USB.
- Jangan letakkan fail ini dalam folder.
- Kemas kini perisian TV
Sisipkan memori USB ke dalam TV sekali lagi. Kemas kini bermula secara automatik.
TV akan dimatikan selama 10 saat, kemudian akan dihidupkan semula. Sila tunggu.
Jangan. . .
- gunakan alat kawalan jauh
- keluarkan peranti memori USB dari TV
- tekan dua kali
- tekan suis kuasa pada TV
TV akan dimatikan (selama 10 saat), kemudian akan dihidupkan semula. Sila tunggu.
Perisian TV telah dikemas kini. Anda boleh menggunakan TV semula.
Untuk mengelakkan kemas kini perisian TV secara tidak sengaja, padamkan fail autorun.upg daripada peranti memori USB.