2018 © TP Vision Europe B.V. Hak cipta terpelihara. 

Produk ini telah dibawa ke pasaran oleh TP Vision Europe B.V. atau salah satu anggota gabungannya, kemudian daripada ini dirujuk sebagai TP Vision, yang merupakan pengeluar produk ini. TP Vision ialah penjamin berkaitan TV yang dibungkus bersama dengan buku kecil ini. Philips dan Lambang Perisai Philips ialah tanda dagangan berdaftar Koninklijke Philips N.V.

Spesifikasi tertakluk pada perubahan tanpa notis. Tanda dagangan adalah harta Koninklijke Philips N.V atau pemiliknya masing-masing. TP Vision berhak menukar produk pada bila-bila masa tanpa perlu melaraskan bekalan yang terdahulu seperlunya.

Bahan bertulis yang dibungkus dengan TV dan manual yang tersimpan dalam memori TV atau dimuat turun daripada laman web Philips www.philips.com/TVsupport dipercayai mencukupi untuk penggunaan sistem yang sepatutnya.

Bahan dalam manual ini dipercayai mencukupi untuk penggunaan sistem yang sepatutnya. Jika produk, atau modul atau prosedur individunya digunakan untuk tujuan selain yang dinyatakan di sini, pengesahan kesahihan dan kesesuaiannya mesti diperoleh. TP Vision memberi jaminan bahawa bahan itu sendiri tidak melanggar sebarang paten Amerika Syarikat. Tiada jaminan lanjutan tersurat atau tersirat. TP Vision tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang ralat dalam kandungan dokumen ini mahu pun terhadap sebarang masalah yang berakibat daripada kandungan dalam dokumen ini. Ralat yang dilaporkan kepada Philips akan diadaptasi dan diterbitkan dalam laman web sokongan Philips secepat mungkin.

Terma jaminan - Risiko kecederaan, kerosakan terhadap TV atau pembatalan jaminan!
Jangan sekali-kali cuba membaiki sendiri TV. Gunakan TV dan aksesori hanya untuk tujuan yang dimaksudkan oleh pengeluar. Tanda amaran yang dicetak pada bahagian belakang TV menunjukkan risiko kejutan elektrik. Jangan sekali-kali tanggalkan penutup TV. Hubungi Layanan Pelanggan TV Philips setiap kali TV anda memerlukan perkhidmatan atau pembaikan. Cari nombor telefon dalam dokumentasi bercetak yang disertakan dengan TV. Atau rujuk laman web kami www.philips.com/TVsupport dan pilih negara anda, jika perlu. Sebarang pengendalian yang dilarang dengan jelas dalam panduan ini, atau sebarang pelarasan dan prosedur pemasangan yang tidak disyorkan atau dibenarkan dalam manual ini akan membatalkan waranti.

Ciri piksel
Produk TV ini mempunyai bilangan piksel berwarna yang tinggi. Walaupun produk mengandungi piksel berkesan setinggi 99.999% atau lebih, bintik hitam atau titik lampu yang cerah (merah, hijau atau biru) mungkin akan kerap muncul pada skrin. Ini ialah ciri-ciri struktur paparan (dalam lingkungan standard industri biasa) dan bukannya merupakan pincang tugas.

TP Vision komited untuk membentuk, menghasilkan dan memasarkan produk yang tidak mengakibatkan kesan sampingan kesihatan. TP Vision mengesahkan bahawa selagi produk mereka dikendalikan dengan betul untuk kegunaannya yang sebenar, produk ini selamat untuk digunakan menurut bukti saintifik yang tersedia pada hari ini. TP Vision memainkan peranan aktif dalam pembangunan standard keselamatan yang membolehkan TP Vision menjangka pembangunan selanjutnya dalam penstandardan untuk penyepaduan produknya pada peringkat awal.