- Dua orang diperlukan untuk mengangkat dan membawa TV yang beratnya melebihi 25 kg atau 55 paun.
- Jika anda melekapkan TV di atas dirian, gunakan dirian yang dibekalkan sahaja. Kukuhkan dirian kepada TV dengan ketat.
Letakkan TV di atas permukaan yang rata dan mendatar yang boleh menyokong berat TV dan dirian.
- Apabila dilekapkan pada dinding, pastikan bahawa lekapan dinding boleh menahan berat set TV dengan selamat. TP Vision tidak bertanggungjawab terhadap pelekapan dinding yang tidak sesuai yang mengakibatkan kemalangan, kecederaan atau kerosakan.
- Beberapa bahagian produk ini diperbuat daripada kaca. Berhati-hati semasa mengendalikannya untuk mengelakkan kecederaan atau kerosakan.
Risiko kerosakan terhadap TV !
Sebelum anda menyambungkan TV kepada alur keluar kuasa, pastikan voltan kuasa menyamai nilai yang tercetak di bahagian belakang TV. Jangan sekali-kali sambungkan TV kepada alur keluar kuasa jika voltan berbeza.