Tiada gambar / gambar herot
- Periksa sama ada TV disambungkan dengan antena atau menggunakan pembekal isyarat. Periksa sambungan kabel.
- Semak sama ada sumber/input yang betul dipilih dalam menu sumber. Tekan Sumber dan pilih sumber/input yang anda perlukan.
- Periksa sama ada peranti atau sumber luaran disambungkan dengan betul.
- Semak sama ada penerimaan lemah.
- Semak sama ada gambar ditetapkan pada nilai minimum. Pilih Gaya gambar dan pilih gaya dan tekan OK.
(Utama) > Tetapan > Semua tetapan > Gambar > Gaya gambar
- Untuk menyemak sama ada TV rosak, cuba mainkan klip video. Tekan Tetapan > Bantuan > Periksa TV.
Jika klip video terus gelap, hubungi Philips. Tunggu sehingga klip berakhir dan pilih Maklumat hubungan dalam menu Bantuan. Hubungi nombor telefon untuk negara anda.
Berbunyi tetapi tiada gambar
- Tukar kepada sumber video lain dan kemudian tukar kembali ke sumber semasa.
- Pilih Gaya gambar dan pilih gaya dan tekan OK.
(Utama) > Tetapan > Semua tetapan > Gambar > Gaya gambar
- Pulihkan gaya gambar, pilih kembali ke Gaya gambar, kemudian tekan Pulihkan gaya.
- Tetapkan semula semua tetapan TV, pergi ke (Utama) > Tetapan > Semua tetapan > Tetapan umum > Pasang semula TV.
- Semak sambungan peranti sumber/input.
Penerimaan lemah
Jika gambar TV terherot atau kualitinya berubah-ubah, isyarat input mungkin lemah. Isyarat digital lemah dapat dilihat sebagai gambar yang memecah kepada blok empat segi dan kaku sekali-sekala. Isyarat digital yang teruk lambat-laun akan lenyap dengan lebih pantas berbanding isyarat analog yang teruk.
- Periksa sama ada kabel antena disambungkan dengan betul.
- Pembesar suara yang besar, peranti audio yang tidak dibumikan, lampu neon, bangunan tinggi dan objek besar lain boleh mempengaruhi kualiti penerimaan apabila anda menggunakan antena. Cuba tingkatkan penerimaan dengan mengubah arah antena atau menjauhkan peranti daripada TV. Cuaca yang buruk mungkin merosotkan penerimaan.
- Periksa sama semua sambungan ke peranti atau dari peranti anda disambungkan dengan betul.
- Jika penerimaan pada satu saluran lemah, tala halus saluran ini dengan Analog: pemasangan manual. (Hanya untuk saluran analog)
(Utama) > Tetapan > Pasang Saluran > Pemasangan antena/kabel > Analog: pemasangan manual
- Semak sama ada isyarat digital masuk cukup kuat. Semasa menonton saluran digital, tekan OPTIONS dan pilih Status dan tekan OK. Semak Kekuatan isyarat dan Kualiti isyarat.
Gambar yang tidak bagus daripada peranti
- Pastikan peranti disambungkan dengan betul. Pastikan bahawa tetapan video output peranti berada pada resolusi setinggi mungkin, jika berkenaan.
- Pulihkan gaya gambar atau tukar kepada gaya gambar lain.
Tetapan gambar berubah selepas seketika
Pastikan Lokasi ditetapkan kepada Rumah. Anda boleh menukar dan menyimpan tetapan dalam mod ini. Dalam mod ini.
(Utama) > Tetapan > Semua tetapan > Tetapan umum > Lokasi
Sepanduk muncul
Jika sepanduk promosi pada skrin muncul sekali-sekala atau Gaya gambar bertukar kembali secara automatik kepada Terang pada permulaan, TV berada di lokasi Kedai. Tetapkan TV kepada lokasi Rumah untuk kegunaan di rumah.
(Utama) > Tetapan > Semua tetapan > Tetapan umum > Lokasi
Gambar tidak muat skrin / Saiz gambar yang salah atau tidak stabil / Kedudukan gambar tidak betul
- Jika saiz gambar - nisbah aspeknya - tidak muat skrin, dengan bar hitam di bahagian atas dan bawah atau sebelah kiri dan kanan skrin, tekan Format Gambar > Penuhkan skrin.
- Jika saiz gambar berubah sepanjang masa, tekan Format Gambar > Muat pada skrin.
- Jika kedudukan gambar tidak betul pada skrin, cuba semak resolusi isyarat dan jenis output peranti yang disambungkan, tekan Format Gambar > Asal.
Gambar komputer tidak stabil
Pastikan PC anda menggunakan resolusi dan kadar segar semula yang disokong.