Jika anda tidak dapat menemui penyelesaian untuk masalah TV anda dalam Penyelesaian Masalah, anda boleh menggunakan  Kata Kunci dalam Bantuan > Manual pengguna untuk mencari maklumat yang anda cari. Pilih kata kunci untuk pergi halaman yang paling berkaitan dalam manual Pengguna. 

Jika manual Pengguna tidak menjawab pertanyaan anda, pergi ke laman web sokongan Philips.

Untuk menyelesaikan sebarang masalah berkaitan TV Philips, anda boleh merujuk sokongan dalam talian kami. Anda boleh memilih bahasa anda dan memasukkan nombor model produk anda.

Pergi ke www.philips.com/TVsupport.

Di laman web sokongan, anda boleh menemui nombor telefon negara anda untuk menghubungi kami serta jawapan untuk Soalan Lazim. Di sesetengah negara, anda boleh bersembang dengan salah seorang rakan usaha sama dan membuat pertanyaan secara terus atau menghantar pertanyaan melalui e-mel.
Anda boleh memuat turun perisian TV baharu atau manual untuk dibaca pada komputer anda.

Untuk mendapatkan penyelesaian masalah dan soalan lazim (FAQ) lanjut tentang TV...

Pergi ke http://philips-tvconsumercare.kxondemand.com/portal/en/ModelSelect

 

Bantuan TV pada tablet, telefon pintar atau komputer anda

Untuk melaksanakan turutan arahan yang panjang dengan lebih mudah, anda boleh muat turun Bantuan TV dalam format PDF untuk dibaca pada telefon pintar, tablet atau komputer anda. Selain itu, anda boleh mencetak halaman Bantuan yang berkaitan daripada komputer anda.
Untuk memuat turun Bantuan (manual pengguna), pergi ke www.philips.com/TVsupport