Rangkaian Wi-Fi tidak ditemui atau herot
- Semak sama ada tembok api dalam rangkaian anda membenarkan akses kepada sambungan wayarles TV.
- Jika rangkaian wayarles tidak berfungsi dengan betul di rumah anda, cuba gunakan pemasangan rangkaian berwayar.
Internet tidak berfungsi
- Jika sambungan kepada penghala OK, periksa sambungan penghala kepada Internet pula.
Sambungan PC dan Internet adalah lemah
- Rujuk manual pengguna penghala wayarles anda untuk mendapatkan maklumat mengenai julat dalam bangunan, kadar pemindahan dan faktor kualiti isyarat yang lain.
- Gunakan sambungan Internet kelajuan tinggi (jalur lebar) untuk penghala anda.
DHCP
- Jika sambungan gagal, cuba semak tetapan DHCP (Protokol Konfigurasi Hos Dinamik) pada penghala. DHCP perlu dihidupkan.