HDMI
- Sila ambil perhatian bahawa sokongan HDCP (High-bandwidth Digital Content Protection) boleh melambatkan masa yang diambil untuk TV memaparkan kandungan daripada peranti HDMI.
- Jika TV tidak mengenal peranti HDMI dan gambar tidak dipaparkan, tukar sumber daripada satu peranti kepada yang lain dan kembali semula.
- Jika terdapat gangguan bunyi terputus-putus, sila pastikan bahawa tetapan output daripada peranti HDMI adalah betul.
HDMI EasyLink tidak berfungsi
- Periksa sama ada peranti HDMI anda serasi HDMI-CEC. Ciri EasyLink hanya berfungsi dengan peranti yang serasi HDMI-CEC.
Ikon kelantangan tidak ditunjukkan
- Apabila peranti audio HDMI-CEC disambungkan dan anda menggunakan Alat Kawalan Jauh TV untuk melaraskan aras kelantangan daripada peranti, sifat ini adalah normal.