(Utama) > Tetapan > Semua tetapan > Ambilight > Ambilight + hue > Konfigurasikan mentol lampu hue

Dalam langkah pertama ini, anda akan menyediakan TV untuk mencari Hue Bridge Philips. TV dan Hue Bridge Philips mesti menggunakan rangkaian yang sama.

Menyediakan…

  1. Sambungkan Hue Bridge Philips kepada alur keluar kuasa.
  2. Sambungkan Hue Bridge Philips kepada penghala sama yang sedang anda gunakan untuk TV — gunakan kabel Ethernet untuk menyambung.
  3. Hidupkan mentol lampu Hue.

Untuk memulakan konfigurasi…

  1. Tekan  (Utama) > Tekan > Semua tetapan > Ambilight > Ambilight + hue > Konfigurasikan mentol lampu hue.
  2. Pilih Mula sekarang dan tekan OK. TV akan mencari Hue Bridge Philips. Jika TV belum lagi disambungkan ke rangkaian anda, TV akan memulakan persediaan rangkaian terlebih dahulu. Jika Hue Bridge Philips muncul dalam senarai.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menyambungkan TV kepada rangkaian rumah anda, dalam Bantuan, tekan kekunci warna  Kata Kunci dan cari Tetapan Rangkaian.