Buka Galeri Aplikasi dalam Smart TV untuk melayari Aplikasi, koleksi laman web yang disediakan untuk TV.

Cari Aplikasi untuk video YouTube, akhbar kebangsaan, album foto dalam talian dll. Terdapat Aplikasi untuk menyewa video daripada kedai video dalam talian dan Aplikasi untuk menonton program yang anda terlepas. Jika galeri Aplikasi tidak mengandungi carian anda, cuba buat carian dalam World Wide Web dan layari Internet pada TV.

Cari

Dengan Cari, anda boleh mencari dalam Galeri Aplikasi untuk Aplikasi yang berkaitan.
Masukkan kata kunci dalam medan teks, pilih  dan tekan OK untuk mula mencari. Anda boleh memasukkan nama, tajuk, genre dan kata kunci perihal untuk carian anda.
Selain itu, anda boleh membiarkan medan teks dikosongkan dan mencari carian/kata kunci yang paling popular untuk pelbagai kategori. Dalam senarai kata kunci yang ditemui, pilih kata kunci dan tekan OK untuk mencari item dengan kata kunci tersebut.