Buat Sambungan - Wayarles

 (Utama) > Tetapan > Semua tetapan > Rangkaian > Sambung kepada rangkaian > Wayarles

  1. Dalam senarai rangkaian yang ditemui, pilih pada rangkaian wayarles anda. Jika rangkaian anda tiada dalam senarai kerana nama rangkaian disembunyikan (anda mematikan siaran SSID penghala), pilih Tambah Rangkaian Baharu untuk memasukkan sendiri nama rangkaian.
  2. Bergantung kepada jenis penghala, masukkan kunci penyulitan anda - WEP, WPA atau WPA2. Jika anda memasukkan kunci penyulitan untuk rangkaian ini sebelum ini, anda boleh memilih OK untuk membuat sambungan serta-merta.
  3. Mesej akan ditunjukkan apabila sambungan berjaya.

 

Buat Sambungan - WPS

 (Utama) > Tetapan > Semua tetapan > Rangkaian > Sambung kepada rangkaian > WPS

Jika penghala anda mempunyai WPS, anda boleh menyambung secara terus ke penghala tanpa mengimbas rangkaian. Jika anda mempunyai peranti dalam rangkaian wayarles anda yang menggunakan sistem penyulitan keselamatan WEP, anda tidak boleh menggunakan WPS.

  1. Pergi ke penghala, tekan butang WPS dan kembali ke TV dalam masa 2 minit.
  2. Pilih Sambung untuk membuat sambungan.
  3. Mesej akan ditunjukkan apabila sambungan berjaya.

 

Buat Sambungan - WPS dengan Kod PIN

 (Utama) > Tetapan > Semua tetapan > Rangkaian > Sambung kepada rangkaian > WPS dengan Kod PIN

Jika penghala anda mempunyai WPS dengan kod PIN, anda boleh menyambung secara terus ke penghala tanpa mengimbas rangkaian. Jika anda mempunyai peranti dalam rangkaian wayarles anda yang menggunakan sistem penyulitan keselamatan WEP, anda tidak boleh menggunakan WPS.

  1. Tuliskan kod PIN 8 digit yang ditunjukkan pada skrin dan masukkannya dalam perisian penghala pada PC anda. Rujuk manual penghala bagi mendapatkan tempat memasukkan kod PIN dalam perisian penghala.
  2. Pilih Sambung untuk membuat sambungan.
  3. Mesej akan ditunjukkan apabila sambungan berjaya.